Tuesday, 2 October 2012

Budak sekolah

Budak sekolah zaman dulu

kalau kena rotan dengan cikgu, terketar2 balik rumah takut mak bapak nampak kesan rotan sebab ada potensi nak kena bantai lagi dengan mak bapak.

Budak sekolah zaman sekarang

kalau kena rotan dengan cikgu tak sabar-sabar nak balik bagitau mak bapak supaya esok boleh masuk tv *eh*

Budak sekolah zaman dulu

kalau ada boipren seboleh-bolehnya sorok. malu. tulis surat pun sorok-sorok masa mak bapak dah tidur.

Budak sekolah zaman sekarang

kalau ada boipren terus tukar status fesbuk minah is married to ali *eh*

*senyumpagi* Fakta tentang burung

#Burung bayan di bela oleh nenek kebayan
# Sekarang burung bayan dah jadi airport - bayan lepas.
#Burung kakak tua - kesian dia lahir2 dah jadi tua sebab dipangil kakak

Free

Pagi nie ada mesyuarat. makan free la eh?yahoooooooooooooooo!

Monday, 1 October 2012

Bajet 2013

Hari jumaat hari tu pak najib bentang bajet. aku kompom ramai yang tunggu2 bajet nie. yang gomen tunggu pak najib umum bonoih yang swasta tunggu cari point nak hantam.

Walawehhh... sian aku nengok pak najib tu, 3 jam bediri gulung punya gulung punya gulung, pastu seperti di jangka terumumlah yang orang gomen dapat bonoih 1 1/2 bulan. 3 kali bayar..(eh macam courts pulak boleh installment!) masa raya, bulan 12 ngan bulan 1.

Dan seperti yang aku jangkan orang swasta mengamuk.Kat fesbuk la semestinya tempat luahan perasaan tu. waahhh tak hengat mengata orang gomen nie. untung la. nasib baik la. banyak senang la. wei korang orang swasta nie kenapa? yang bonoih tu ja ke nak pertikai? yang sama2 dapat manfaat dari BRIM, PRIMA, KRIM, TRIMA, apa segala bagai tu tanak pulak tolak. Cer tulis kat fesbuk tu kami tanak apply untuk PRIMA.! ada?? nan hado! tak sampai sehari umum dah heng website SPNB tu. rebut2 jugak isi.

Buat apa la nak dengki bususk hati sangat. swasta kalu bonoih lagi masyuk laaa..jangan ingat aku tataw ok.tak habis2 dengki. tak habis2 sakit hati!

Dah la malas emo2 kang kena bantai. nak pegi buat kerepek.

Meenachi

aku tak suka sungguh pompuan yang kepoh2 macam meenachi nie tau.

Contoh: 
Hari isnin: woii aku makan ikan hari ni 
Hari selasa: woi aku makan lauk ikan hari ni 
Hari rabu : woi hari ni aku berlaukkan ikan 
Hari khamis: woi sedap jugak aku makan ikan hari nie 
Hari jumaat: ikan yang aku makan tadi tu sedap gila. 

Tolong la. tak payah ulang hari-hari ok. menyampah aku dengar. ko makan ko simpan sorang-sorang sudah. tak payah la kecoh2. aku pun makan ikan hari-hari. apaadahal??

Annoying ko paham tak?? annoying.

whatsupp

sejak menatang ni ada dalam sistem henpon aku. makin menyusahkan pulak. 24/7 ada notification. tak tidor ke manusia2 nie. makin cepat bateri henpon aku kong. makin naik bik letrik kat umah aku sebab kena selalu cas henpon.

notakerepek: add la aku woi. 01123456789 *takde pasal cari pasal*

Kapel


benci betul aku dengan manusia yang tak penah ada kapel tetiba dapat kapel. pastu kengkonon diaorang la kapel paling saling menyayangi dalam dunia. kemonn.. orang cemuih ok. orang lain pun kapel gak. ada satu patern nie yang dapat kaple lupa kawan. lagi haramjadah!dan dan tu la kapel ko je yang cakap betul kapell ko je yang baik. yela yela. kapel ko kan. suka hati la. jangan esok kapel tu tinggal ko, ko datang cari kawan-kawan balik sudah. time tu mungik kawan-kawan lak jadi haramjadah.

Menyusahkan


Bengang pulak aku ngan blog baru nie. menyusahkan aku tau tak. semua nak kena cari terhegeh - hegeh macam siput. buang masa je.menyampah.

Eh korang penah layan annoying orange nie tak? sumpah annoying! nak tengok gugel la sendiri cari. tak kuasa aku carikan link.